Panggilan Balik untuk Penggantian Inflator Beg Udara bagi kenderaan Chevrolet di Malaysia
Adakah Chevrolet Anda Terlibat?
Apa
Sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap keselamatan anda, Chevrolet telah melancarkan kempen panggilan balik untuk menggantikan inflator beg udara Takata di bahagian pemandu dalam model kenderaan Chevrolet dan SAAB terpilih di Malaysia.
Model apa yang terlibat?
Hanya sebahagian model Chevrolet dan SAAB yang terlibat, seperti berikut:
- Chevrolet Cruze: model tahun 2010–2015
- Chevrolet Orlando: model tahun 2013–2015
- Chevrolet Sonic: model tahun 2013–2014
- SAAB 9-3: model tahun 2007
- Chevrolet Trax: model tahun 2017
Bilakah Saya Perlu Dapatkan Beg Udara Gantian PERCUMA ini?
Secepat mungkin.
Kenapakah Saya Perlu Menggantikan Beg Udara Kenderaan Saya?
Beg udara di bahagian pemandu ini mengandungi tablet propelan yang tidak kering yang mungkin mengalami perubahan selepas terdedah kepada suhu tinggi dan kitaran suhu siang hari dalam persekitaran kelembapan tinggi. Inflator mungkin pecah jika penjanaan gas melebihi keupayaan inflator untuk mengeluarkan gas tersebut. Inflator yang pecah boleh menyebabkan serpihan logam menembusi melalui beg udara dan masuk ke bahagian dalam kenderaan pada kelajuan tinggi, yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian kepada penumpang kenderaan.
Inflator beg udara baharu tidak mengandungi Takata PSAN yang tidak kering sebagai pendorong / propelan, yang merupakan punca kejadian pecah secara global dikalangan inflator Takata.
Chevrolet sedang menjalankan program memanggil balik untuk menggantikan inflator beg udara ini.
Di Mana Saya Boleh Dapatkan Beg Udara Gantian PERCUMA ini?
Kami telah bekerjasama dengan Honda Malaysia Sdn. Bhd. untuk kempen panggilan balik ini. Sila ikut panduan tiga-langkah yang kami sediakan untuk mengetahui sama ada kenderaan anda terjejas dan teruskan membuat temujanji untuk penggantian beg udara Takata PERCUMA anda dengan Pengedar Sah Honda terpilih berhampiran anda.
Bagaimana Caranya untuk saya mendapatkan Beg Udara Gantian PERCUMA ini?
Ikuti proses tiga-langkah kami di bawah untuk mengetahui sama ada anda terjejas dan layak untuk penggantian beg udara PERCUMA.
DENGAN TEMUJANJI SAHAJA
LANGKAH 1
Cari Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) atau nombor casis anda.
LANGKAH 2
a. Tuliskan nombor VIN/casis sepenuhnya (untuk dirujuk semula).
b. Hubungi segera Pengedar Sah Honda yang mengambil bahagian terdekat dengan anda, dari senarai di bawah SAHAJA. (Nota: BUKAN SEMUA pengedar Honda adalah sebahagian daripada kempen panggil balik ini)
c. Hubungi salah satu dari Pengedar Sah Honda yang tersenarai, dan sebutkan VIN anda.
d. Jika kenderaan anda SAH terlibat melalui semakan VIN/casis tersebut, terus dapatkan temujanji dengan Pengedar Sah Honda yang dihubungi untuk penggantian beg udara secara PERCUMA.
LANGKAH 3
(Nota: HANYA isikan borang ini SELEPAS anda melengkapkan Langkah 2 di atas)
Isikan butiran anda di bawah. Ia akan membolehkan kami menyediakan kemas kini penting dari masa ke semasa mengenai kempen penarikan balik ini.
PENTING: Sila ambil perhatian bahawa ini BUKAN pendaftaran untuk temujanji. Sila lakukan temujanji di Langkah 2 di atas.
Cara Mencari Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN)
Anda juga boleh dapatkan VIN anda pada dokumen pendaftaran kereta anda atau nota perlindungan insurans.
PENGEDAR SAH HONDA YANG TERLIBAT
NOTA: Hanya Pengedar Sah Honda dalam senarai di bawah sahaja yang mengambil bahagian dalam kempen panggilan balik ini.
Sri Utama Auto Sdn Bhd (3S Centre) [0593171-W] | Address:
Contact: |
AutoWorld Asia Sdn Bhd (3S Centre) [0743970-M] | Address: Lingui Industrial Park, 15 1/2 Miles, Sg Pelong, 47000 Sungai Buloh, Selangor Contact: Lee Tiong Ching (Kenny) M: 012-325 5618 T: 03-6099 6999 (Appointment by SMS/WhatsApp only) Careline : 017–680 8666 Mon-Sat: 8:00am-5:00pm Sun: 8:00am-1:00pm PH: Please contact this dealer prior to your visit | |
Banting Star Sdn Bhd (3S Centre) [1003300-M] | Address: Lot 1608, Batu 11 3/4, Jalan Banting Klang, Telok Panglima Garang, 42500 Selangor Contact: Muhamad Fairuz Bin Aliar M: 019-281 8280 T: 03-3191 6100 Mon-Sat: 8:30am-5:30pm Sun & PH: 8:30am-3:30pm | |
Kah Motor Co. Sdn Bhd (Selayang) (3S Centre) [0003954-X] | Address: Lot 627, Batu 7, Jalan Rawang-Ipoh, Selayang, 68100 Gombak, Selangor Contact: Chaw Chee Jie M: 012-673 9868 T: 03-6185 1888 Mon-Sat: 8:30am-5:00pm Sun & PH: Closed | |
Peringgit Sri Auto Services Sdn Bhd – Kinrara (2S Centre) [179084-V] | Address: 4, Jalan Kinrara 2, Bandar Kinrara Industrial Park, 47180 Puchong, Selangor Contact: Choy Nyean Fatt M: 012-302 6341 T: 03-8062 0000 Mon-Fri: 8:30am-5:15pm Sat: 8:30am-5:00pm Sun & PH: Closed | |
Sumber Auto Edaran Sdn Bhd (3S Centre) [0403531-X] | Address: 1A, Jalan Bersatu 13/4 , 46200 Petaling Jaya, Selangor Contact: Wong Siew Ling M: 012-666 6543 T:03-7890 5500 Mon-Fri: 8:30am-5:30pm Sat: 8:30am-3:00pm Sun: 8:30am-1:30pm PH: Closed | |
Tanjung Balai Auto Sdn Bhd (3S Centre) [0136326-X] | Address: Lot 73951, 0.7km, Lebuhraya Sungai Besi, 43300 Seri Kembangan, Selangor Contact: Razimee Bin Khalid M: 012-662 5602 T: 03-8949 3733 Mon-Sat: 8:00am-5:00pm Sun: 8:00am-3:00pm PH: Closed |
Global Amity (Nilai) Sdn Bhd (3S Centre) [1104762-X] | Address: Contact: |
Ban Lee Heng Motor (Melaka) Sdn Bhd (3S Centre) [94279-P] | Address: Lot 10123, Jalan TU 43, Kawasan Perindustrian Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka Contact: Mohd Azli Bin Md Janis M: 013-380 4383 T: 06-231 3833 Mon-Sat: 8:30am-5:00pm Sun: 8:30am-1:00pm PH: Closed |
Iptimas Motor Sdn Bhd (3S Centre) [0255249-X] | Address: 13, Jalan Bintang 1, Taman Bintang, 86000 Kluang, Johor Contact: Chong Tzyy Woei M: 019-722 9880 T: 07-773 6900 Mon-Sat: 8:30am-5:30pm Sun: 8:30am-1:00pm PH: Closed | |
Yong Ming Motor Sdn Bhd (3S Centre) [0013085-P] | Address: 241, Jalan Skudai, Batu 4 1/2, Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor Contact: Jeganathan A/L Marimuthu M: 012-771 1364 T: 07-235 1717 Mon-Fri: 8:30am-5:30pm Sat: 8:30am-4.00pm Sun & PH: Closed |
Chuan Thye Motor Sdn Bhd (3S Centre) [0062554-K] | Address: 5, Lot 5077, Simpang Songsang, Jalan Temerloh-Mentakab, 28000 Temerloh, Pahang Contact: Goh See Ni M: 016-933 3818 T: 09-278 1991 Mon-Fri: 9:00am-5:30pm Sat-Sun & PH: 9:00am-1:00pm | |
Macinda Auto Sdn Bhd (3S Centre) [0769728-H] | Address: Lot 47/A, Kawasan Perindustrian Semambu, 25350 Kuantan, Pahang Contact: Alan Lee Wei Loon M: 017-893 0700 T: 09-568 8000 Mon-Sat: 8:30am-5:30pm Sun: 9:00am-4:30pm PH: Closed |
Tian Siang Auto Care Sdn Bhd (3S Centre) [0607405-H] | Address:
Contact:
Service Menager
Mon-Sat: 8:30am-5:30pm |
JM Motor Venture Sdn Bhd (3S Centre) [0663220-X] | Address: No. 2670, Jalan Song Ban Kheng, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang Contact: Ng Teik Khuan T: 04-540 3377 Mon-Fri: 8:30am-5:30pm Sat: 8:30am-3:00pm Sun: 8:30am-1:30pm PH: Closed |
Lee Motors Alor Setar (Car Div) Sdn Bhd (Service Centre) [0049686-X] | Address: 3A, Jalan Tunku Abdul Halim, 05100 Alor Setar, Kedah Contact: Mr. Steven M: 012-518 9616 / 012-564 9616 T: 04-732 9616 / 04-732 9617 Fri-Wed: 8:30am-5:30pm Thu: 8:30am-5:00pm PH: Closed | |
Yooi Cars Sdn Bhd (3S Centre) [0368376-W] | Address: Lot 964, Jalan Padang Matsirat, Kampung Yooi, Mukim Bohor, 07100 Langkawi, Kedah Contact: Zulhezra Bin Zainuddin M: 012-543 3088 T: 04-955 7002 Mon-Fri: 9:00am-5:30pm Sat: 9:00am-1:00pm Sun & PH: Closed |
Vimal Auto-Liner Sdn Bhd (3S Centre) [0736890-M] | Address: Lot 301, Jalan Pegawai, 01000 Kangar, Perlis. Contact: Katerasan A/L Rajendaran M: 017-701 5507 T: 04-977 2766 Mon-Sat: 8:30am-5:30pm Sun & PH: Closed |
Ban Chu Bee Sdn Bhd (3S Centre) [0044874-T] | Address: Lot 1349, Jalan Pasir Mas-Salor, 15100 Kota Bharu, Kelantan Contact: Chiunh Yew Thang M: 019-982 2115 T: 09-744 1897 Sat-Thu: 8:00am-5:30pm Fri: 8:30am-12:00pm (For customer with appointment only) PH: Closed |
Syarikat Tan Eng Ann Sdn Bhd (3S Centre) [0036344-U] | Address: Lot 28166 (PN6373), Kawasan Perindustrian Gong Badak, Mukim Kuala Nerus, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Contact: Wan Mohd Yussaimi Bin Wan Yussof M: 011-1653 5532 T: 09-667 1996 Sat-Thu: 8:30am-5:30pm Fri: 9:00am-12:00pm PH: Closed |
Boon Siew (Borneo) Sdn Bhd (3S Centre) [0106701-K] | Address: 62A, Mile 5 1/2, Jalan Tuaran, Inanam 88805, Kota Kinabalu, Sabah Contact: Fong Weng Fook (Daniel) M: 016-832 7551 T: 088-43 2143 Mon-Fri: 8:00am-5:00pm Sat-Sun: 8:00am-1:00pm PH: Closed | |
NJ Autoworld Sdn Bhd (3S Centre) [1069158-U] | Address: Bangunan Najib Jaya Holding Sdn Bhd, Lot 2, Jalan Damai Mile 1.5, 91000 Tawau, Sabah Contact: Muhamad Al-Hafiiz Bin Abdul Halim M: 017-869 0686 T: 08-977 3797/977 6797 Mon-Sat: 8:30am-5:30pm Sun & PH: Closed | |
Vermillion Autohaus Sdn Bhd (3S Centre) [1177148-U] | Address: Premis Kedai CL 135313905, 1/4 Mile, Jalan Keningau-Tenom, Kg Pampang, 89008 Keningau, Sabah Contact: Rudy Chua M: 012-825 9696 T: 08-733 3939 Mon-Sat: 8:00am-5:30pm Sun & PH: 9:00am-3:00pm | |
Weemaju Sabah Sdn Bhd (3S Centre) [1075623-K] | Address: Lot 1, Batu 7, Jalan Lintas Utara, P. O. Box No 6, 90700 Sandakan, Sabah Contact: Velensia Japrin M: 014-358 3022 T: 08-9669 688/689 Mon-Sat: 8:00am-5:00pm Sun & PH: Closed |
Jimisar Corporation Sdn Bhd (3S Centre) [0172450-M] | Address: 88, Lorong Sherif Masahor 3, Jalan Tun Jugah, 93350 Kuching, Sarawak Contact: Bong Chee Hong M: 019-888 0838 T: 082-46 6322 Mon-Sun: 8:00am-5:00pm PH: Closed | |
Kemena Auto Sdn Bhd [0872402-D] | Address: Lot 14728, Taman Terus, Jalan Tun Hussein Onn, 97000 Bintulu, Sarawak Contact: Wong Kiing Chin M: 016-884 6783 T: 08-634 2599 Mon-Fri: 8:00am-5:30pm Sat: 8:00am-3:00pm Sun & PH: Closed | |
SYK RW Motor Sdn Bhd (3S) [1080548-V] | Address: Lot 1772, Block 10, Jalan Cahaya, Miri Concession Land District, 98000, Miri, Sarawak Contact: Wong Qin Shang M: 017-899 1885 010-363 1885 Mon-Sat: 8:00am-5:00pm Sun & PH: 8:00am-1:00pm |
Syarikat Labuan Automobile Sdn Bhd (3S Centre) [0051437-X] | Address: Lot 10, KG. Batu Arang, Jalan Tun Mustapha, 87000, Labuan Contact: Nur Amira Binti Mohd Ibbinie Hong Abdullah M: 016-804 2611 T: 08-744 2880 Mon-Fri: 8:30am-5:30pm Sat: 8:30am-4:30pm Sun & PH: Closed |
PENTING: Sila JANGAN hubungi/mesej nombor ini untuk membuat temujanji untuk penggantian beg udara. Untuk membuat temujanji dengan Pengedar Honda sah yang mengambil bahagian, sila rujuk tiga-langkah mudah di atas atau klik di sini
PENTING!
Komitmen Chevrolet
Chevrolet komited untuk menggunakan semua saluran yang mungkin untuk mencari dan memaklumkan seberapa ramai pemilik kenderaan yang mungkin berkenaan dengan kempen panggilan balik ini. Ini termasuk pengumuman media, notis di media sosial, mesej mudah alih (SMS) dan panggilan peribadi.
Saphan9 Engagement, perunding komunikasi dan kandungan telah dilantik untuk mengendalikan kempen panggilan balik di Malaysia. Saphan9 akan mengendalikan kesemua komunikasi yang berkaitan dengan kempen panggilanl balik ini termasuklah pengumuman, khidmat pelanggan, pengurusan aset digital, maklumat dan data pelanggan.
Adalah penting bagi pemilik Chevrolet/SAAB mengemas kini maklumat hubungan mereka supaya Pasukan Keselamatan Kenderaan boleh menghubungi mereka dengan kadar sesegera mungkin dengan makluman terkini dan akan datang.
SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)
Beberapa kenderaan Chevrolet dan SAAB di Malaysia dilengkapi dengan inflator beg udara Takata Ammonium Nitrat Stabil Berfasa (Phased-Stabilized Ammonium Nitrate atau PSAN) yang tidak kering, yakni:
- Chevrolet Cruze: model tahun 2010–2015
- Chevrolet Orlando: model tahun 2013–2015
- Chevrolet Sonic: model tahun 2013–2014
- SAAB 9-3: model tahun 2007
- Chevrolet TRAX model tahun 2017
Tablet propelan PSAN yang tidak kering mungkin mengalami perubahan selepas terdedah kepada suhu tinggi dan kitaran suhu siang hari dalam persekitaran kelembapan tinggi. Inflator mungkin pecah jika penjanaan gas melebihi keupayaan inflator untuk mengeluarkan gas tersebut. Inflator yang pecah boleh menyebabkan serpihan logam menembusi melalui beg udara dan masuk ke bahagian dalam kenderaan pada kelajuan tinggi, yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian kepada penumpang kenderaan.
Inflator beg udara baharu tidak mengandungi Takata PSAN yang tidak kering sebagai pendorong / propelan, yang merupakan punca kejadian pecah secara global dikalangan inflator Takata.
Chevrolet sedang menjalankan program memanggil balik untuk menggantikan inflator beg udara ini.
Tablet pendorong / propelan PSAN yang tidak kering mungkin mengalami perubahan selepas bertahun-tahun atau berdekad terdedah kepada suhu tinggi dan kitaran suhu siang hari dalam persekitaran kelembapan tinggi. Inflator berkemungkinan boleh pecah jika penjanaan gas melebihi keupayaan inflator untuk mengeluarkan gas. Inflator yang pecah boleh menyebabkan serpihan logam menembusi melalui beg udara dan masuk ke bahagian dalam kenderaan pada kelajuan tinggi, yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian kepada penumpang kenderaan.
Inflator beg udara baharu tidak mengandungi Takata PSAN yang tidak kering sebagai pendorong / propelan, yang merupakan punca kejadian pecah secara global dikalangan inflator Takata.
Tidak. Tiada kes seumpamanya dilaporkan dalam kenderaan Chevrolet yang berkaitan di Malaysia atau di negara-negara lain.
Walaubagaimanapun, inflator beg udara di bahagian pemandu ini mengandungi tablet pendorong / propelan PSAN yang tidak kering yang mungkin mengalami perubahan selepas bertahun-tahun atau berdekad terdedah kepada suhu tinggi dan kitaran suhu siang hari dalam persekitaran kelembapan tinggi. Inflator berkemungkinan boleh pecah jika penjanaan gas melebihi keupayaan inflator untuk mengeluarkan gas. Inflator yang pecah boleh menyebabkan serpihan logam menembusi melalui beg udara dan masuk ke bahagian dalam kenderaan pada kelajuan tinggi, yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian kepada penumpang kenderaan.
Inflator beg udara baharu tidak mengandungi Takata PSAN yang tidak kering sebagai propelan, yang merupakan punca kejadian pecah secara global dalam inflator Takata dalam jenama lain.
Inflator beg udara di bahagian pemandu ini mengandungi tablet pendorong / propelan PSAN yang tidak kering yang mungkin mengalami perubahan selepas bertahun-tahun atau berdekad terdedah kepada suhu tinggi dan kitaran suhu siang hari dalam persekitaran kelembapan tinggi, yang mungkin boleh menyebabkan inflator pecah semasa penggunaan. Inflator yang pecah boleh menyebabkan serpihan logam menembusi melalui beg udara dan masuk ke bahagian dalam kenderaan pada kelajuan tinggi, yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian kepada penumpang kenderaan.
Inflator beg udara baharu tidak mengandungi Takata PSAN yang tidak kering sebagai propelan, yang merupakan punca kejadian pecah secara global dalam inflator Takata dalam jenama lain.
Mudah sahaja. Anda hanya perlu turuti 3-langkah mudah yang dinyatakan dalam laman sesawang ini.
Honda Malaysia Sdn. Bhd. adalah rakan kerjasama dalam program panggilan balik ini, memandangkan Chevrolet tidak mempunyai rangkaian pengedar di Malaysia. Rangkaian Honda Malaysia yang meluas di seluruh negara ini memudahkan para pemilik kenderaan Chevrolet dan Saab untuk datang menukar beg udara masing-masing dan ini penting dalam menjayakan program panggilan balik ini. Ini juga sejajar dengan kerjasama di peringkat global antara General Motor dan Honda.
Tidak. Peranan Honda Malaysia hanya setakat menggantikan beg udara tersebut sahaja. Honda Malaysia mahupun kakitangan ataupun pengedar mereka tidak ditauliahkan untuk melakukan kerja-kerja selain daripada membuat penggantian beg udara tersebut. Untuk sebarang pertanyaan lanjut ataupun isu-isu selain daripada program panggilan balik ini, sila hubungi +6011 3129 9963.
Tidak. Honda Malaysia dan para pengedarnya tidak menerima walk-in. Temujanji mesti dibuat. Sila turuti 3-langkah mudah yang dinyatakan dalam laman sesawang ini untuk menukar beg udara di bahagian pemandu secara PERCUMA.
Tidak. Honda Malaysia tidak menerima walk-in. Sila turuti 3-langkah mudah yang dinyatakan dalam laman sesawang ini sebagai panduan bagi mengenalpasti nombor VIN pada kenderaan anda dan selanjutnya untuk menukar beg udara di bahagian pemandu secara PERCUMA.